TABIKA KEMAS TELOK LAYANG

SENARAI PENGERUSI TABIKA 1978 - 2009

1978 – 2003
Tuan Haji Abdul Wahab Bin Taib

2004 – hingga sekarang
Tuan Dr Wan Mohd Rushidi Bin Haji Wan Mahmud

SEJARAH PENUBUHAN TABIKA KEMAS KAMPUNG TELOK LAYANG

Sejarah TABIKA ini bermula pada tahun 1978. Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung ketika itu bersama-sama masyarakat setempat dan dengan persetujuan Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah TABIKA di sebuah sebuah surau usang. Apabila ia dirobohkan tidak lama selepas itu, TABIKA tersebut telah pun dipindahkan ke Kampung Telok Layang di atas satu tanah wakaf milik Puan Hajjah Che Chah Bt. Saad. Pada masa itu, jumlah kanak-kanak hanya seramai 30 orang bersama dengan 2 orang kakitangan KEMAS iaitu Puan Hajjah Khalijah Binti Haji Abdullah (Pemaju Masyarakat) dan Puan Hajjah Zainab Binti Haji Ishak (Pembantu Pemaju Masyarakat).

Keceriaan kawasan TABIKA tidak begitu menyerlah kerana kawasan persekitaran yang begitu terhad serta keadaannya yang kurang selamat kerana berdekatan dengan sungai besar. Namun begitu, Jawatankuasa TABIKA yang ada tidak putus asa untuk melihat kelas ini terus berkembang maju dan terjamin di masa hadapan.

Pada tahun-tahun berikutnya beberapa pertukaran PM-PM dan Penyelia Parlimen yang juga turut terlibat di mana Tuan Haji Ilyas Bin Ahmad telah ditukarkan ke Parlimen Kubang Pasu dan digantikan dengan Tuan Haji Abdul Samad Bin Haji Zakaria.

Tanpa diduga akhirnya pada tahun 1999 kerajaan telah memperuntukkan kawasan untuk didirikan sebuah bangunan TABIKA & Pusat Sumber di atas tapak Jabatan Kerja Raya (JKR). Kedudukannya begitu strategik dan berdekata dengan jalan utama antara Kuala Kedah ke Alor Setar.

Jabatan KEMAS telah memperuntukkan lebih kurang RM 65,000 untuk TABIKA dan RM 65,000 untuk Pusat Sumber Telok Layang. Pada tahun 2000, berkat usaha Tuan Penyelia Kanan pada masa itu,Tuan Haji Abdul Samad Bin Haji Zakaria bersama Tuan Pengarah KEMAS Negeri Kedah Tuan Haji Amirudin Bin Arifin dan Penyelia Kawasan Pengkalan Kundor, Tuan Haji Samad Bin Haji Hashim, Bangunan ini telah dirasmikan pada 18 September 2000 oleh YAB Dato’ Seri Syed Razak Bin Syed Zain, Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Hasil kerjasama dan paduan tenaga dari Pemaju Masyarakat dan Seluruh Jawatankuasa,  TABIKA ini telah menonjol dan pelajarnya telah mencecah hampir 54 orang. Berbagai aktiviti telah diadakan seperti Program Anak Angkat oleh UUM, Sukaneka Kanak-kanak TABIKA, Pertandingan Mewarna, Program Pemimpin Bersama Masyarakat Anjuran Biro Keselamatan Negara dan lain-lain lagi. Diharapkan TABIKA ini akan terus mengorak langkah bagi menuju kejayaan di masa akan datang setanding dengan Falsafah Pendidikan Negara.